Perbandingan Corak Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Umar bin Al-Khattab dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz
BANDINGKAN CORAK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB DENGAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ.
Pendahuluan
-Pemerntahan dan pentadbiran Negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul.
-Nabi Muhammad SAW merupakan orang pertama yang mengasaskan Negara Islam Madinah berteraskan wahyu untuk menjadi garis panduan tentang asas-asaspemerintahan bagi seluruh umat manusia.
Isi-isi penting
A)Latar belakang Khalifah Umar bin Al-Khattab
· Nama Lengkap Khalifah Umar bin Al-Khattab ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal daripada ketirunan Bani Adi(Quraisy)Umar dilahirkan di Kota Makkah 13 tahun sesudah kelahiran Nabi Muhammad SAW
· Beliau memeluk agama Islam paada tahun kelima kerasulan Nabi Muhammad SAW ketika berusia 33 tahun.
· Beliau dilantik menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh khalifah Abu Bakar al-siddiq dengan persetujuan para sahabat.
B) Latar belakang Khalifah Umar bin Abdul Aziz
· Khalifah Umar bin Abd Aziz menaiki takhta pada 717 M.Beliau merupakan Khalifah Umaiyah yang ke lapan
· Beliau dilahirkan pada tahun 683 M di Madinah.Umar bin Abdul Aziz mempunyai pertalian darah keturunan dengan Khalifah Umar bin Abd Khattab melalui sebelah ibunya
· Sejak kecil Umar bin Abd Aziz telah menghafaz al-Quran. Beliau telah mendalami ilmu hadis, syair Arab dan sastera di Madinah.
C) Dasar pemerintahan kahlifah Umar al-khattab
i) penadbiran wilayah yang ditakluki
· Pentadbiran wilayah Islam diketuai oleh gabenor atau wali yang bertanggungjawab kepada khalifah.
· Setiausaha, jabatan setiausaha tentera, jabatan percukaian,pegawai polis, pegawai penbendaharaan Negara dan seorang kadi juga diwujudkan.
ii)Penubuhan Baitulmal
· Tempat simpanan harta yang dikutip melaui zakat, jizyah,kharaj, usyur dan harta peninggalan tanpa wariS
iii)Pentadbiran tanah
· Tanah dibahagikan kepada dua
· Dhimmah, iaitu tanah bertuan dan sawafi, iaitu tanah tidak bertuan
iv)Membentuk majlis syura
· Majlis syura iaitu, lembaga atau majlis perundangan Negara yang tertinggi telah ditubuhkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab.
· Antara tanggungjawab majlis tersebut ialah menentukan polisi Negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan Negara.
· Majlis syura juga membincangkan masalah tentang politik,social dan juga keselamatan .
· Majlis syura terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.Majlis Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib,Zaid bin Thabit,Muadh bin Jabal, dan Saad bin Abi Waqqas
v)Perluasan wilayah kerajaan Islam
· Melalui dasar pembukaan negaradan kawasan baharu.
· Antara kawasan yang Berjaya dikuasai ialah Syam, Mesir,dan Afrika Utara.
D)Dasar pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz
· Menghentikan ekspedisi ketenteraan dengan memanggil semua tentera di Medan peperangan termasuk tentera pimpinan MaslamahAbdul Malik yang sedangmengepung kota konstantinople.
· Membezakan cukai jizyah dengan kharaj, iaitu jizyah hanya utuk orang bukan Islam ,kharaj pula kepada semua pemilik tanah taklukan dan zkat pula kepada orang Islam sahaja.
· Membenarkan orang yang memeluk Islam berpindah dari kawasan desa ke Bandar.
· Mewujudkan persamaan hak antara umat Islam.
· Menghapuskan majlis-majlis perayaan yang menbazirkan wang Negara.
· Menyamatarakan kedudukan orang Arab dan bukan Arab dengan memberi tanggungjawab bersama terhadap masyarakat dan Negara.
· Menghentikan penentangan dan sikap kecam-mengecam terhadap pihak kaum pemberontak.Sebaliknya berbincang bagi mencari jalan penyelesaian. Contohnya perbincangan beliau dengan Saudhah, iaitu ketua kaum Khawarij dan akhirnya Saudhah telah mengaku kalah setelah mendengar hujah beliau.
· Menghantar para mubaligh untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia termasuk India,China dan rantau Asia Tenggara.
Kesimpulan
· Pemerintahan Zaman Khalifah Umar Al-Khattab penuh dengan kemakmuran kerana beliau berani dan mentadbir dengan baik sehingga digelar Amirulmukminin.
Pemerintahan zaman Khalifah Umarbin Abdul Aziz,negeri mengalamikemakmuran walaupun beliau memerintah lebih kurang dua setengah tahun sahaja.
No comments:
Post a Comment