Konsep serta tanggungjawab Khalifah dalam sistem pentadbiran Islam
BINCANGKAN KONSEP SERTA TANGGUNGJAWAB KHALIFAH DALAM SISTEM PENTADBIRAN ISLAM
Pendahuluan
- Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambing pembinaan sebuah Negara Islam sebenar yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
- Ia adalah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seorang pemimpin atau pemerintah bagi membentuk sebuah Negara yang bertamadun.
- Sejarah Khalifah telah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,iaitu apabila Abu Bakar al-siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama,diikuti oleh tiga orang sahabat iaitu, Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Alibin Abi Talib
- Era Khalifah selepas itu ialah Khalifah daripada kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiah.Namun institusi khalifah mulai merosot selepas kerajaan Abbasiah kerana kebanyakan pemerintah telah menyeleweng daripada konsep pemerintahan Islam sebenar.
Isi-isi penting
a)Konsep khalifah
· Institusi Khalifah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud pengganti Nabi Muhammad SAW.Konsep Khalifah merujuk kepada jawatan sebagai ketua Negara Islam bagi menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda
· Pelantikan Khalifah mengikut syarat-syarat tertentu,iaitu seorang lelaki Islam,mempunyai istiqamah dalam akidah dan mengeluarkan pendapat,tidak cacat anggota yang boleh menghalang daripada menjalankan tugas serta mempunyai ilmu yang tinggi sama adadalam bidang agama dan pentadbiran.
· Ciri-ciri khalifah mestilah baik, warak dan mahir dalam ilmu keagamaan dan pentadbiran
· Proses perlantikan khalifah mestilah melalui majlis syura seperti perlantikan khalifah Abu Bakar al-siddiq
b)Tanggugjawab Khalifah
· Menurut Ibn Khaldun, tugas Khalifah ialah menegakkan agama agama dan mentadbirbir dunia mengikut hokum syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat.
· Seorang khalifah bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran Negara dan juga dalam melaksanakan hikum-hukum agama dengan adil.Pelaksanaan hukum tersebut pula mestilah mengikut hukum sepert i yang telah terkandung di dalam Al-Quran.Di samping itu perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti perlantikan hakim,saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.
· Dalam membuat sebarang keputusan berbanding urusan Negara,seorang khalifah juga mestilah berdasarkan syura.Dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas pula,khalifah perlulah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada individu yang amanah dan jujur dalam menjalankan tugasnya.Tujuannya ialah supaya tugas yang dilakukan berjalan dengan sempurna.
· Dalam aspek ekonomi,khalifah perlu melaksanakan system ekonomi yang selaras mengikut kehendak Islam.Tujuannya adalah unuk menjamin sumber pendapatan yang diperolehi kerajaan dan rakyat bersih mengikut syariat.Beliau juga bertanggungjawab memungut cukai, zakat serta menguruskan pendapatan baitulmal dengan cara yang berhemat.
· Khalifah juga bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping menyediakan kemudahan awam untuk kebajikanrakyat seperti sekolah ,masjid dan hospital.Selain itu beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat adalah utuh.
· Khalifah juga bertanggungjawab mejaga keamanan dan keselamatan rakyat serta Negara dari ancaman musuh samaada dari dalam mahu pun luar Negara. Untuk itu khalifah perlulah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan keselamatan Negara.Contohnya ketika pemerintahan khalifah Umarbin Al-Khattab,beliau telah memperkemas pasukan tentera Islam bagi melindungikeselamatan Negara daripada ancaman kuasa asingiaitu Byzantine dan Parsi.
Kesimpulan
Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat terhadapnya.Oleh itu seseorang khalifah yang hendak dipilih sepetatnya memiliki kemampuan dan keupayaan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir.
No comments:
Post a Comment