Ciri-ciri sosio-ekonomi masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.
SOALAN : Bincangkan ciri-ciri sosio-ekonomi masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.
*SOSIO-EKONOMI : SOSIAL dan EKONOMI*
A. Pendahuluan
1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti):
*SOSIO-EKONOMI : SOSIAL dan EKONOMI*
A. Pendahuluan
1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti): - hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.
- Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.
2. Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):
- Bererti bodoh dan sesat
3. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran):
- Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
- Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun
- Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
- Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
4. Era/jangka masa zaman jahiliyah:
- Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @ peringkat akhir Himyar
- Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M
5. Konsep manusia pada zaman jahiliyah.
- Menghargai kehidupan sendiri dan sesama suku.
- Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.
- Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.
- Percaya adanya kelahiran dan keturunan tapi tidak beriman kepada satu tuhan.
- Percaya adanya kematian tetapi tidak mempercayai adanya hidup selepas kematian.
- Percaya adanya kelahiran dan keturunan tetapi tidak mengetahui asal –usul manusia di sisi tuhan.
- Ciri kemanusiaan Arab jahiliah terpancar dalam bidang kehidupan.
ISI : Ciri-Ciri sosio-ekonomi Masyarakat Arab Jahiliyah
A) ASPEK EKONOMI
1. Pertanian
- Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
- Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.
- Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.
2. Perdagangan
- Oleh itu orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan.
- Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.
- Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah
- Perdagangan dijalankan dalam sistem barter.
- Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
3. Amalan dalam ekonomi
- Mengamalkan penindasan seperti riba dan penipuan.
- Biasa menipu dalam ukuran sukatan timbangan dalam urusan perdagangan.
- Menjalankan perniagaan jahiliyah seperti penjualan patung berhala pada musim haji yang sangat menuntungkan.
4. Rompakan
- Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah-kafilah perdagangan kaum bangsawan Quraisy.
- Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.
5. Penternakan
- Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri-biri.
- Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka.
- Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
- Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang kaya dengan miskin.
B) ASPEK SOSIAL
1. Struktur Masyarakat
- Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada dua iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
- Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah.
- Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah)
- Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
2. Semangat Assabiyyah
- Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi.
- Selalu berlaku peperangan antara kabilah.
- Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka
- Peperangan antara mereka sering melibatkan dua atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja.
- Contoh; Perang Basus berlaku antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah selama 40 tahun kerana matinya seekor unta.
3. Kedudukan wanita
- Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @ keluarga.
- Orang perempuan sering dijadikan alat hiburan dan pemuas seks.
- Mereka gemar menanam anak perempuan hidup-hidup terutama golongan miskin.
- Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi. Ini akan memalukan mereka kelak.
4. Akhlak tidak bermoral
- Mereka melakukan akhlak yang rendah dan tidak bermoral dalam kehidupan.
- Mereka berzina, berjudi , membunuh anak perempuan, dan minum arak yang merupakan kebiasaan kepada masyarakat Arab jahiliyah.
- Mempunyai sikap sombong, suka menindas dan menzalimi terutama terhadap golongan miskin dan hamba.
5. Akhlak mulia
- Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang dengan baik walaupun musuhnya, menepati janji dan sebagainya.
6. Kedudukan hamba
- Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang terendah dalam kalangan masyarakat .
- Hamba disiksa terutama apabila mendapat tahu hamba telah memeluk agama Islam seperti penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah oleh tuannya Umayyah bin Khallaf.
7. Tahap penguasaan ilmu pengetahuan rendah
- Majoritinya adalah buta huruf.
- Ini kerana sikap mereka tidak mementingkan ilmu pengetahuan.
- Hanya mementingkan daya hafalan dan ingatan yang kuat sahaja.
- Hanya 17 orang yang tahu membaca dan menulis.
Kesimpulan:
- Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan.
- Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.
sumber?
ReplyDeleteterbaiklah!
ReplyDeleteSy tak tahu
ReplyDelete