Kaedah pemilihan Khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin
BINCANGKAN KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN
PENDAHULUAN
· Latar belakang pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin.
· Konsep dan cirri-ciri kepimpinan khalifah
· Syura dan Baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah
Isi-isi penting
a)kaedah Perundingan
· Pemilihan khalifah pertama secara Baiah atau sumpah setia merupakan perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di Saqifah Bani Saidah, perbincangan berhemah sertamenerima masyarakat Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertamaaa.malah perlantikan baginda turut dibaiah oleh masyarakat Madinah
b)Wasiat Khalifah terdahulu
· Pemilihan secara wasiat memang dianjurkanIslam. Dalam pemilihan khalifah kedua ini, criteria pemilihan khalifah yang diutamakan adalah berdasrkan ketokohan,kebolehan ,berhikmah, bijaksana, bertakwa dan cirri-ciri lain yang terdapat dalam Al-Quran.Malah perlantikan Umar bin Al-Khattab mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara sukarela telah member i baiah atau taat setia kepadanya.Pemilihan dan perlantikan ini bukan berdasarkan keturunan atau warisan.
c)Kaedah Musyawarah
· Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Majlis Perlantikan Khalifah.Khalifah Umar bin Al-Khattab telah menubuhkan majlis Perlantikan Khalifah bertujuan bagi mencari pengganti Khalifah Ketiga.Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman bin auf sebagai ketua dan ahli majlis yang lain.Jawatankuas ini telah menemuramah setiap calon dan mendapat pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat pemilihan dan perlantikan.Cara perlantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikkan dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.
d)Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam
· Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib dianggap tidak demokratik oleh penduduk Syam dan Bani Umaiyah yang memang menentang perlantikan ini.
· Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar dilakukan kerana Negara dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduah ummah.Justeru itu,pemilihan dan perlantikan khalifah Ali bin Abi Talib memang demokratik kerana beliau memenuhi kriteria dan keadaan darurat tersebut.Malah beliau juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah.Anggota Majlis Syura juga tidak menentang pemilihan tersebut.
Kesimpulan
Perlantikan Khalifah dilakukan dengan pelbagai cara.Namun cirri-ciridemokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap pelantikan.
No comments:
Post a Comment