Nabi Muhammad sebagai seorang Nabi , Rasul dan Negarawan
BINCANGKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI SEORANG NABI, RASUL DAN NEGARAWAN
PENDAHULUAN
- Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik(uswatun hasanah) oleh Al-Quran
- Baginda ialah seorang Nabi ,Rasul dan pemimpin masyarakat dan Negara.
- Baginda berkebolehan dalam setiap bidang bukan sahaja sebagai pendakwah tetapi sebagai panglima perang,perangka strategi,hakim, pendidik,penasihat dan perancang ekonomi.
Isi-isi penting
a)Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Nabi dan Rasul
· Baginda telah diakui sebagai seorang Nabi dan Rasul menerusi kitab-kitab suci,iaitu Taurat Injil, Zabur,Al-Quran dan juga menerusi fakta sejarah. Bahirah seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhammad SAW
b)Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin masyarakat
· Baginda sebagai ketua dalam masyarakat dan telah Berjaya menyelesaikan masalah persengketaan antara Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan Yahudi di Madinah.
c) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin politik
· Nabi Muhammad SAW telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah permindahan Hajar al-aswad sewaktu kaabah di landa banjir.
· Setelah itu baginda mengetuai bagi pihak orang Islam Makkah dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah 11 sebelum dilantik menjadi ketua Negara Islam Madinah.
d) Nabi Muhammad SAW sebagai perancang ekonomi
· Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan.
e) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tentera yang Berjaya
· Di antara kejayaan yang terbesar adalah dalam Perang Badar, Perang Khandak, dan pembukaan semula Kota Makkah.
Kesimpulan
No comments:
Post a Comment