Wednesday, 18 February 2015

Perbandingan Corak Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Umar bin Al-Khattab dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Perbandingan Corak Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Umar bin Al-Khattab dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz


BANDINGKAN CORAK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB DENGAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ.

Pendahuluan

-Pemerntahan dan pentadbiran Negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul.
-Nabi Muhammad SAW merupakan orang pertama yang mengasaskan Negara Islam Madinah berteraskan wahyu untuk menjadi garis panduan tentang asas-asaspemerintahan bagi seluruh umat manusia.

Isi-isi penting

A)Latar belakang Khalifah Umar bin Al-Khattab
·   Nama Lengkap Khalifah Umar bin Al-Khattab ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal daripada ketirunan Bani Adi(Quraisy)Umar dilahirkan di Kota Makkah 13 tahun sesudah kelahiran Nabi Muhammad SAW

·   Beliau memeluk agama Islam paada tahun kelima kerasulan Nabi Muhammad SAW ketika berusia 33 tahun.

·   Beliau dilantik menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh khalifah Abu Bakar al-siddiq dengan persetujuan para sahabat.

B) Latar belakang Khalifah Umar bin Abdul Aziz
·   Khalifah Umar bin Abd Aziz menaiki takhta pada 717 M.Beliau merupakan Khalifah Umaiyah yang ke lapan

·   Beliau dilahirkan pada tahun 683 M di Madinah.Umar bin  Abdul Aziz mempunyai pertalian darah keturunan dengan Khalifah Umar bin Abd Khattab melalui sebelah ibunya

·   Sejak kecil Umar bin Abd Aziz telah menghafaz al-Quran. Beliau telah mendalami ilmu hadis, syair Arab dan sastera di Madinah.

C) Dasar pemerintahan kahlifah Umar al-khattab

 i) penadbiran wilayah yang ditakluki
·   Pentadbiran wilayah Islam diketuai oleh gabenor atau wali yang bertanggungjawab kepada khalifah.

· Setiausaha, jabatan setiausaha tentera, jabatan percukaian,pegawai polis, pegawai penbendaharaan Negara dan seorang kadi juga diwujudkan.

 ii)Penubuhan  Baitulmal
·  Tempat simpanan harta yang dikutip melaui zakat, jizyah,kharaj, usyur dan harta peninggalan tanpa wariS

   iii)Pentadbiran tanah
·  Tanah dibahagikan kepada dua
·  Dhimmah, iaitu tanah bertuan dan sawafi, iaitu tanah tidak bertuan

  iv)Membentuk majlis syura
·   Majlis syura iaitu, lembaga atau majlis perundangan Negara yang tertinggi telah ditubuhkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab.

·  Antara tanggungjawab majlis tersebut ialah menentukan polisi Negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan Negara.

·  Majlis syura juga membincangkan masalah tentang politik,social dan juga keselamatan .

·  Majlis syura terbahagi kepada  dua bahagian, iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.Majlis Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman  bin Affan, Ali bin Abi Talib,Zaid bin Thabit,Muadh bin Jabal, dan Saad bin Abi Waqqas


v)Perluasan wilayah kerajaan Islam
·          Melalui dasar pembukaan negaradan kawasan baharu.
·          Antara kawasan yang Berjaya dikuasai ialah Syam, Mesir,dan Afrika Utara.

D)Dasar pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz
·          Menghentikan ekspedisi ketenteraan dengan memanggil semua tentera di Medan peperangan termasuk tentera pimpinan MaslamahAbdul Malik yang sedangmengepung kota konstantinople.

·          Membezakan cukai jizyah dengan kharaj, iaitu jizyah hanya utuk orang bukan Islam ,kharaj pula kepada semua pemilik tanah taklukan dan zkat pula kepada orang Islam sahaja.

·          Membenarkan orang yang memeluk Islam berpindah dari kawasan desa ke Bandar.

·          Mewujudkan persamaan hak antara umat Islam.

·          Menghapuskan majlis-majlis perayaan yang menbazirkan wang Negara.

·          Menyamatarakan  kedudukan orang Arab dan bukan Arab dengan memberi  tanggungjawab bersama terhadap masyarakat dan Negara.

·          Menghentikan  penentangan dan sikap kecam-mengecam terhadap pihak kaum pemberontak.Sebaliknya berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.  Contohnya perbincangan beliau dengan Saudhah, iaitu ketua kaum Khawarij dan akhirnya Saudhah telah mengaku kalah setelah mendengar hujah beliau.

·          Menghantar para  mubaligh untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia termasuk India,China dan rantau Asia Tenggara.


Kesimpulan

·          Pemerintahan Zaman Khalifah Umar Al-Khattab penuh dengan kemakmuran  kerana beliau berani dan mentadbir dengan baik sehingga digelar Amirulmukminin.
Pemerintahan zaman Khalifah Umarbin Abdul Aziz,negeri mengalamikemakmuran walaupun beliau memerintah  lebih kurang dua setengah tahun sahaja. 

Kaedah pemilihan Khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin BINCANGKAN KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN PENDAHULUAN · Latar belakang pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin. · Konsep dan cirri-ciri kepimpinan khalifah · Syura dan Baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah Isi-isi penting a)kaedah Perundingan · Pemilihan khalifah pertama secara Baiah atau sumpah setia merupakan perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di Saqifah Bani Saidah, perbincangan berhemah sertamenerima masyarakat Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertamaaa.malah perlantikan baginda turut dibaiah oleh masyarakat Madinah b)Wasiat Khalifah terdahulu · Pemilihan secara wasiat memang dianjurkanIslam. Dalam pemilihan khalifah kedua ini, criteria pemilihan khalifah yang diutamakan adalah berdasrkan ketokohan,kebolehan ,berhikmah, bijaksana, bertakwa dan cirri-ciri lain yang terdapat dalam Al-Quran.Malah perlantikan Umar bin Al-Khattab mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara sukarela telah member i baiah atau taat setia kepadanya.Pemilihan dan perlantikan ini bukan berdasarkan keturunan atau warisan. c)Kaedah Musyawarah · Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Majlis Perlantikan Khalifah.Khalifah Umar bin Al-Khattab telah menubuhkan majlis Perlantikan Khalifah bertujuan bagi mencari pengganti Khalifah Ketiga.Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman bin auf sebagai ketua dan ahli majlis yang lain.Jawatankuas ini telah menemuramah setiap calon dan mendapat pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat pemilihan dan perlantikan.Cara perlantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikkan dalam pemilihan dan perlantikan khalifah. d)Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam · Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib dianggap tidak demokratik oleh penduduk Syam dan Bani Umaiyah yang memang menentang perlantikan ini. · Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar dilakukan kerana Negara dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduah ummah.Justeru itu,pemilihan dan perlantikan khalifah Ali bin Abi Talib memang demokratik kerana beliau memenuhi kriteria dan keadaan darurat tersebut.Malah beliau juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah.Anggota Majlis Syura juga tidak menentang pemilihan tersebut. Kesimpulan Perlantikan Khalifah dilakukan dengan pelbagai cara.Namun cirri-ciridemokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap pelantikan.

Kaedah pemilihan Khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin


BINCANGKAN KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

PENDAHULUAN
·          Latar belakang pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin.
·          Konsep dan cirri-ciri kepimpinan khalifah
·          Syura dan Baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah

Isi-isi penting

a)kaedah Perundingan

·          Pemilihan khalifah pertama secara Baiah atau sumpah setia merupakan perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di Saqifah Bani Saidah, perbincangan berhemah sertamenerima masyarakat Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertamaaa.malah perlantikan baginda turut dibaiah oleh masyarakat Madinah

b)Wasiat Khalifah terdahulu

·          Pemilihan secara wasiat memang dianjurkanIslam. Dalam pemilihan  khalifah kedua ini, criteria pemilihan khalifah yang diutamakan adalah berdasrkan ketokohan,kebolehan ,berhikmah, bijaksana, bertakwa dan cirri-ciri lain yang terdapat dalam Al-Quran.Malah perlantikan Umar bin Al-Khattab mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara sukarela telah member i baiah atau taat setia kepadanya.Pemilihan dan perlantikan ini bukan  berdasarkan keturunan atau warisan.

c)Kaedah Musyawarah
·          Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Majlis Perlantikan Khalifah.Khalifah Umar bin Al-Khattab telah menubuhkan majlis Perlantikan Khalifah bertujuan bagi mencari pengganti Khalifah Ketiga.Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman bin auf sebagai ketua dan ahli majlis yang  lain.Jawatankuas ini telah menemuramah setiap calon dan  mendapat  pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat pemilihan dan perlantikan.Cara perlantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikkan dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.

d)Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam
·          Perlantikan Khalifah  Ali bin Abi Talib dianggap tidak demokratik oleh penduduk Syam dan Bani Umaiyah yang memang menentang perlantikan ini.

·          Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar dilakukan kerana Negara dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduah ummah.Justeru itu,pemilihan dan perlantikan khalifah Ali bin Abi Talib memang demokratik kerana beliau memenuhi  kriteria dan keadaan darurat tersebut.Malah beliau juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah.Anggota Majlis Syura juga tidak menentang pemilihan tersebut.

Kesimpulan
Perlantikan Khalifah dilakukan dengan pelbagai cara.Namun cirri-ciridemokrasi tetap  diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap pelantikan.

Konsep serta tanggungjawab Khalifah dalam sistem pentadbiran Islam

Konsep serta tanggungjawab Khalifah dalam sistem pentadbiran Islam


BINCANGKAN KONSEP SERTA TANGGUNGJAWAB KHALIFAH DALAM SISTEM PENTADBIRAN  ISLAM


Pendahuluan

  •     Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambing pembinaan sebuah Negara Islam sebenar yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
  •    Ia adalah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seorang pemimpin atau pemerintah bagi membentuk sebuah Negara yang bertamadun.
  •      Sejarah Khalifah telah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,iaitu apabila Abu Bakar al-siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama,diikuti oleh tiga orang sahabat iaitu, Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan  dan Alibin Abi Talib
  •       Era Khalifah selepas itu ialah Khalifah daripada kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiah.Namun institusi khalifah mulai merosot selepas kerajaan Abbasiah kerana kebanyakan pemerintah telah menyeleweng daripada konsep pemerintahan Islam sebenar.



Isi-isi penting

a)Konsep khalifah
· Institusi Khalifah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud pengganti Nabi Muhammad SAW.Konsep Khalifah merujuk kepada jawatan sebagai ketua Negara Islam bagi menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda

·  Pelantikan Khalifah mengikut syarat-syarat tertentu,iaitu seorang  lelaki Islam,mempunyai istiqamah dalam akidah dan mengeluarkan pendapat,tidak  cacat anggota yang boleh menghalang daripada menjalankan tugas serta mempunyai ilmu yang tinggi sama adadalam bidang agama dan pentadbiran.

·  Ciri-ciri khalifah mestilah baik, warak dan mahir dalam ilmu  keagamaan dan pentadbiran

·   Proses perlantikan khalifah mestilah melalui majlis syura seperti perlantikan khalifah Abu Bakar al-siddiq


b)Tanggugjawab Khalifah
·    Menurut Ibn Khaldun, tugas Khalifah ialah menegakkan agama agama dan mentadbirbir dunia mengikut hokum syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat.

·   Seorang khalifah bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran Negara dan juga dalam melaksanakan hikum-hukum agama dengan adil.Pelaksanaan hukum tersebut pula mestilah mengikut hukum sepert i yang telah terkandung  di dalam Al-Quran.Di samping itu perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti perlantikan hakim,saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.

·   Dalam membuat sebarang keputusan berbanding urusan Negara,seorang khalifah juga mestilah berdasarkan syura.Dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas pula,khalifah perlulah menyerahkan tanggungjawab  tersebut kepada individu yang  amanah dan jujur dalam menjalankan tugasnya.Tujuannya ialah supaya tugas yang dilakukan berjalan dengan sempurna.

·  Dalam aspek ekonomi,khalifah perlu melaksanakan system ekonomi yang selaras mengikut kehendak Islam.Tujuannya adalah unuk menjamin sumber pendapatan yang diperolehi kerajaan dan rakyat bersih mengikut syariat.Beliau juga bertanggungjawab memungut cukai, zakat serta menguruskan pendapatan baitulmal dengan cara yang berhemat.

·   Khalifah juga bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping menyediakan kemudahan awam untuk kebajikanrakyat seperti sekolah ,masjid dan hospital.Selain itu beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat adalah utuh.

·    Khalifah juga bertanggungjawab mejaga keamanan dan keselamatan rakyat serta Negara dari ancaman musuh samaada dari dalam mahu pun luar Negara. Untuk itu khalifah perlulah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan keselamatan Negara.Contohnya ketika pemerintahan khalifah Umarbin Al-Khattab,beliau telah memperkemas pasukan tentera Islam bagi melindungikeselamatan Negara  daripada ancaman kuasa asingiaitu Byzantine dan Parsi.


Kesimpulan

Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat terhadapnya.Oleh itu seseorang khalifah yang hendak dipilih sepetatnya memiliki kemampuan dan keupayaan dalam pelbagai aspek terutamanya  keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir.
Perlantikan  khalifah tanpa berdasarkan kelayakan  akan memusnahkan dan menghancurkan sesebuah kerajaan dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat jelata. 

Nabi Muhammad sebagai seorang Nabi , Rasul dan Negarawan

Nabi Muhammad sebagai seorang Nabi , Rasul dan Negarawan


BINCANGKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI SEORANG NABI, RASUL DAN NEGARAWAN


PENDAHULUAN

  •     Nabi Muhammad  SAW merupakan contoh yang terbaik(uswatun hasanah) oleh Al-Quran
  •     Baginda ialah seorang Nabi ,Rasul dan pemimpin masyarakat dan Negara.
  •     Baginda berkebolehan dalam setiap bidang bukan sahaja sebagai pendakwah tetapi sebagai panglima perang,perangka strategi,hakim, pendidik,penasihat dan perancang ekonomi.



 Isi-isi penting

  a)Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Nabi dan Rasul
·          Baginda telah diakui sebagai seorang Nabi dan Rasul menerusi kitab-kitab suci,iaitu Taurat   Injil, Zabur,Al-Quran dan juga menerusi fakta sejarah. Bahirah seorang  pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhammad SAW

b)Nabi Muhammad SAW  sebagai pemimpin masyarakat
·          Baginda sebagai ketua dalam masyarakat dan telah Berjaya menyelesaikan masalah     persengketaan antara Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan Yahudi di Madinah.

 c) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin politik
·          Nabi Muhammad SAW telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah permindahan  Hajar al-aswad sewaktu kaabah di landa banjir.
·          Setelah itu baginda mengetuai bagi pihak orang Islam Makkah dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah 11 sebelum dilantik menjadi ketua Negara Islam Madinah.

d) Nabi Muhammad SAW  sebagai perancang ekonomi
·          Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan.

e) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tentera yang Berjaya
·          Di antara kejayaan yang terbesar adalah dalam Perang Badar, Perang Khandak, dan pembukaan semula Kota Makkah.


Kesimpulan

Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin yang terbaik untuk dicontohi oleh semua manusia terutama yang bergelar pemimpin.Baginda merupakan negarawan yang bijak dan berkebolehan dalam memerintah berteraskan wahyu. 

Kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin di Madinah

Kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin di Madinah


BINCANGKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN DI MADINAH



Pendahuluan

  • Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW  telah terserlah sewaktu baginda berada di kota makkah iaitu sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi  dan Rasul
  • Kepemimpinan baginda terserlah setelah berhijrah ke Madinah--diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi Negara Islam melaluipenggubalan Piagam Madinah.



Isi-isi Penting

Kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad SAW di Madinah

  •       Mendirikan Negara Islam dan menggubal Piagam madinah sebagai symbol Negara Islam yang berdaulat dan menjadikan asas pembangunan Negara.
  •       Melaksanakan amalan syura bagi mencerminkan sikap toleransi baginda dan mendapat kerjasama daripada warga Madinah.
  •       Menghapuskan semangat assabiah: yang dilakukan melalui penerapan semangat persaudaraan Islam.Contohnya kaum Aus dan Khazraj dipersaudarakan atas dasar akidah.
  •       Memperkenalkan system ekonomi Islam;menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi serta memperkenalkan system ekonomi yang adil.
  •       Membentuk angkatan tentera;meniup semangat jihad bagi mempertahankan kesucian agama Islam,mempertahankan Negara dan maruah diri.
  •       Menyingkirkan kaum Yahudi;pengancam keselamatan Negara dan diibaratkan ‘barah’ dalam kerajaan Islam Madinah.



Kesimpulan

  • Kejayaan menyelesaikan pelbagai permasalahan di Madinahmenggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin di Madinah

5 Ciri Kepemimpinan yang Terdapat Pada diri Nabi Muhammad SAW

5 Ciri Kepemimpinan yang Terdapat Pada diri Nabi Muhammad SAW


JELASKAN LIMA CIRI KEPEMIMPINAN YANG TERDAPAT PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW

Pendahuluan

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW terserlah sewaktu baginda berada di kota Makkah lagi atau lebih tepat sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul.
Kepimpinan baginda lebih terserlah setelah baginda berhijrah ke Madinah; diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi Negara Islam Madinah  melalui penggubalan Piagam Madinah.

Isi-isi penting

Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad saw

  • Adil -menghapuskan diskriminasi kaum melalui penghapusan semangat assabiah,membela kaum wanita dan memperkenalkan sistem ekonomi yang adil.
  • Bijak -merencana strategi peperangan dan menyelesaikan pertikaiantentang masalah perletakan Hajar al-aswad
  • Berani –mengetuai setiap kali ekspedisi peperangan dan memimpin angkatan tentera walaupun jumlahnya agak kecil serta bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam
  • Tegas -bersikap tegas terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah.
  • Cekal -gigih berdakwah meskipun menghadapi cabaran yang begitu hebat.


Kesimpulan

  • Ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri Nabi Muhammad SAW diimplementasikan dalam dasar-dasar negara sehinggakan baginda dianggap sebagai  negarawan yang ulung.

Piagam Madinah : Kandungan dan Kepentingan

Piagam Madinah : Kandungan dan Kepentingan


SOALAN : Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.

Pengenalan :

  • Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar  Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
  • Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
  • Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Isi :

Huraian mengenai Piagam Madinah :

  • ·   Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.


Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:

  • ·    Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
  • ·  Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.
  • ·  Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
  • ·    Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
  • ·   Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
  • ·  Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.



Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

  • ·  Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
  • · Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
  • Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
  •  Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsaArab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
  •  Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
  • Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telahmenarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
  • Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
  • Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
  • Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.
  • Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

  •  Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
  • Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.



Kesimpulan :

  • ·  Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
  • ·    Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
  • ·    Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
  • ·    Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam pembentukan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah.

Usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam pembentukan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah.


SOALAN : Huraikan usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam pembentukan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah.

Pengenalan :
  •      Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w : Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu , baginda beruasaha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraish.
  •     Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah.
  •      Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di Negara Kota tersebut.
  •      Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah : Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu.
  •   Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib,  bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.

 Isi :
Pembinaan masyarakat Islam di Mekah

Dakwah secara sulit :
  • ·    Berlangsung selama 3 tahun – berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah – Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa.
  • ·   Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan.


Dakwah secara terang :
  • ·     Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy  dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu  merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini  tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.


Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.

Pembinaan masjid :
  • ·    Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
  • ·   Fungsi masjid –Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
  • ·     Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
  • ·     Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.


Piagam Madinah :
  • ·   Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
  • ·   Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa  pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya.
  • ·   Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak
  • ·  Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.

Pemulihan ekonomi :
  • ·  Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
  • ·   Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
  • ·   Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.


Hubungan sosial :
  • ·   Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini.
  • ·    Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
  • ·  Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.


Kesimpulan :
  • · Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat .
  • ·   Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.